www.kafaalfalahusj9.edu.my

You are here:
E-mail Cetak PDF

  


السلام عليكم... اهلا وسهلا ومرحبا بكم

   Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT KAFA(I) Masjid Al-Falah dapat menerbitkan laman web sendiri.

  Dengan adanya laman web ini, KAFA(I) Masjid Al-Falah melangkah setapak lagi ke hadapan seiring dengan perkembangan zaman. Semua maklumat hanya di hujung jari. Ibu bapa boleh melihat keputusan markah peperiksaan anak-anak secara online ada bila-bila masa. Bukan sahaja keputusan peperiksaan, malah segala perkembangan dan aktiviti anak-anak di sekolah boleh didapati secara online.

  KAFA Integrasi Masjid Al-Falah telah menempa nama bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang ko-kurikulum. Ini terbukti apabila menjadi johan keseluruhan kali ketiga berturut-turut dalam pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) di peringkat Zon 3 Daerah Petaling 2012. Sekolah ini juga berjaya mengekalkan pencapaian didalam PSRA baru-baru ini iaitu kenaikan sebanyak 0.7% berbanding tahun lepas. 

 Didikan yang sempurna akan memastikan mereka menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab kami membantu ibubapa dalam mendidik anak-anak ini dengan ilmu yang berkaitan pendidikan agama islam yang sempurna.

 Sekian ,wassalam…

 Ustaz Mohamad Nawawi Ibrahim
Guru Besar KAFA(I)MAF