www.kafaalfalahusj9.edu.my

You are here:
E-mail Cetak PDF
alt

Memahami Akidah Menerusi Surah Ya'sin

Oleh:

Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari,
Penolong Pengarah Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,Putrajaya

1.0 PENDAHULUAN

Al-Qur'an merupakan kitab yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril a.s. Menurut pendapat yang paling kuat, al-Qur'an berasal dari perkataan qara'a yang bermaksud bacaan. Lafaznya berbentuk masdar dengan art? ism maful iaitu maqru' (yang dibaca). Pemakaian lafaz ini jelas dengan apa yang dikemukakan Allah SWT pada surah al-Qiyaamah ayat ke-17 dan ke 18 berbunyi:

Maksudnya : "Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur'an di dalam dadamu dan menetapkan bacaan pada iidahmu itu adalah tanggunggan kami. Kerana itu jika kami telah membacakannya hendaklah kamu ikuti bacaannya."

Setelah melalui beberapa peringkat, lafaz qur'an di dalam ayat ini dikenali dengan Al-Qur'an. Maka. dengan ini, para ulamak mendefinasikan Al-Qur'an sebagai kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi SAW yang ditulis di mushaf, bermula dengan surah al-Fatihah, berakhir dengan surah al-Naas, sebanyak 114 surah, diriwayatkan secara mutawattir serta membacanya adalah ibadah.

Al-Qur'an diturunkan dengan pelbagai cara dan keadaan. la bertujuan untuk menanam keyakinan sekaligus menyegarkan hati Nabi SAW dengan seruan Tuhan.
Selain itu, Al-Qur'an juga diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 buian dan 22 hari. Ada pendapat yang mengatakan ia diturunkan selama 23 tahun. Iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Antara hikmahnya ialah supaya al-Qur'an itu mudah untuk difahami, dihayati dan dilaksanakan. Bahkan umat manusia akan terasa keberatan untuk melaksanakan suruhan atau larangan jika diturunkan sekaligus.

Tambahan pula terdapat sekumpulan ayat-ayat yang bersifat nasikh dan mansukh yang boteh disesuaikan dengan kemaslahatan ummat Selebihnya, faktor diturunkan al-Qur'an secara beransur-ansur untuk disesuaikan dengan peristiwa yang terjadi lebih mendatangkan kesan ke dalam hati Baginda dan para sahabatnya.

Jika kita membuat tinjauan kepada penurunan Al-Qur'an, didapati bahawa terdapat dua jangkamasa yang berbeza. Iaitu penurunan pada periode Makkiyah dan Madaniyyah. Ayat-ayat yang diturunkan sebagai Makkiyyah mempunyai komposisi 19/30 dari isi kandungan Al-Qur'an dan terdiri dart 86 surah. Manakala ayat-ayat Madaniyyah meliputi 11/30 dari Al-Qur'an dan terdiri dari 28 surah.
Selain dinamakan Al-Qur'an, ia juga turut dikenali dengan al-Kitab2, al-Furqan3, al-Dzikir4, al-Mubin, al-Karim, al-Kalam dan al-Nur5.
Berdasarkan kepada pendahuluan di atas, mudah-mudah Adah SWT mencerahkan sedikit sinar hidayahNya ke dalam hati kita untuk sama-sama memahami dan menghayati Al-Qur'an sebagai 'plan kehidupan' manusia secara total.


2.0 LATARBELAKANG

Memandangkan kertas kerja int member) fbkus kepada intipati surah Ya'siin, maka pengenalan mengenainya perlu diperjelaskan. Surah Ya'siin merupakan antara surah yang terpenting di dalam al-Qur'an. Hal ini terbukti apabila Baginda SAW menyifatkan surah tersebut sebagai jantung Al-Qur'an6. Lantaran itu, status ini menganjakkan naluri hati kita untuk membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau disurau-surau seluruh negara. Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat Paling tuntas, malam berkenaan mempunyai kelebihannya yang tersendiri7.

Selain itu, bacaan surah Ya'siin ini juga turut disulami dengan bacaan surah-surah dan ayat-ayat yang lain, istighfar, tahlil dan doa selamat samada untuk mereka yang telah hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia yang fana.